Alibaba Sports Bawa World Electronic Sports Games Ke Malaysia Januari 2020

Perkembangan e-sukan di Malaysia kini sudah berada di tahap yang sangat memberangsangkan apabila menerima banyak liputan dan berjaya menarik perhatian peminat tempatan. Pelbagai kejohanan telah dianjurkan dan kali ini, giliran Alibaba Sports bersama Hong Kong's Esports International Group (EIG) pula yang bakal membawa World Electronic Sports Games (WESG) 2019-2020 Asia Pasific buat julung kalinya ke Malaysia.

Kejohanan ini bakal dilangsungkan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 3-5 Januari 2020, dengan menawarkan hadiah bernilai 300,000 USD. Sebanyak 61 kumpulan dari 58 buah negara bakal bersaing di dalam acara DOTA2, CS:GO, Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer untuk merebut slot peringkat akhir yang bakal berlangsung pada Mac 2020 di China.



WESG dengan kerjasama oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan mendapat sokongan penuh dari penaja seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Mayflower. Berikut merupakan barisan rakan strategik, media dan tiket rasmi bagi kejohanan ini:

  • Asean First Venture

  • Brand Soul

  • Rangkaian eGG

  • Fintechport

  • Astro

  • Ticket2U


"Kami berharap melalui kejohanan yang bakal dianjurkan ini, dapatlah kami membawa persaingan e-sukan ke Malaysia dan membantu untuk mempamerkan lagi potensi serta memberikan peluang untuk terus menonjol di mata dunia," kata Chris Leung selaku Pengarah Projek EIG.



Untuk maklumat umum, tiket masuk sudah pun mula dijual sejak 9 Disember 2019 dengan harga serendah RM 10 (pas harian) dan RM 850 (pas VIP) di laman sesawang Ticket2U. WESG bakal bersiaran secara langsung di eGG Network (Astro CH800), dan jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikannya juga secara live stream di Facebook.