Alibaba Memperkenalkan Cip AI Untuk Meningkatkan Kuasa Pengkomputeran Awan

Baru-baru ini Alibaba Group telah memperkenalkan cip AI (Artificial Intelligence) yang dibangunkan oleh T-Head di bawah Alibaba DAMO Academy. Ia bertujuan untuk memimpin pembangunan teknologi dan penyelidikan saintifik. Cip AI yang berprestasi tinggi ini menggunakan unit pemprosesan saraf (NPU) yang dinamakan Hanguang 800. Ia telah memainkan peranan khusus dalam mempercepatkan tugas pembelajaran mesin.



Menurut Ketua Pegawai Teknologi Alibaba Group dan Presiden Alibaba Cloud Intelligence, Jeff Zhang, :

“Pelancaran Hanguang 800 merupakan langkah penting dalam mengejar teknologi generasi akan datang, meningkatkan keupayaan pengkomputeran yang akan mendorong perniagaan kami sambil meningkatkan kecekapan tenaga. Kami juga merancang untuk menguasakan pelanggan kami dalam masa terdekat, dengan menyediakan akses kepada pengkomputeran maju yang menggunakan cip melalui perniagaan awan kami, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Salah satu matlamat utama Alibaba Cloud ialah untuk menawarkan infrastruktur teknologi terunggul yang memanfaatkan syarikat pelbagai saiz, sambil menyempitkan jurang dalam akses kepada teknologi, akhirnya ia akan menjadikan dunia lebih inklusif. Hanguang 800 telah mencatatkan prestasi yang luar biasa apabila diuji. Prestasi komputasi cip tunggal ini mencapai 78,563 IPS pada saat puncak, dan kecekapan pengiraan 500 IPS / W dalam ujian Inference Resnet-50. Kedua-dua markah prestasi ini jauh lebih baik dari purata industri, mempamerkan kelebihan yang ditekankan oleh keseimbangan antara keupayaan pengkomputeran yang kukuh dan tahap kecekapan pengkomputeran yang tertinggi.



Sebagai contoh, peniaga akan memuat naik lebih kurang satu bilion imej produk ke Taobao (laman e-dagang Alibaba) setiap hari. Pada masa dahulu, mesin mengambil satu jam untuk mengkategorikan imej dengan jumlah yang besar ini, kemudian menyesuaikan carian dan cadangan peribadi untuk ratusan juta pengguna. Dengan Hanguang 800, tugas ini boleh diselesaikan dalam masa 5 minit sahaja.