Algeria Menutup Servis Internet Negara Itu Gara-Gara Pelajar Yang Meniru Di Dalam Peperiksaan

Semua orang pernah menghadapinya; peperiksaan. Dari 'toyol' berbentuk kertas kecil, pemadam dan pelbagai lagi menjadi kaedah pelajar untuk meniru di dalam peperiksaan.

Sesuai dengan peredaran zaman, 'toyol' moden sekarang ini meliputi telefon pintar, jam pintar dan juga alatan elektronik yang boleh mengandungi bahan-bahan yang dilarang dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Algeria, sebuah negara Afrika Utara mengambil keputusan untuk menutup akses internet negara tersebut bagi mengelakkan digunakan pelajar yang sedang mengambil peperiksaan.

Negara itu akan mengadakan sebanyak 11 'gangguan' internet secara berjadual yang akan bermula pada hari rabu lepas sehingga 25 Jun ini. Setiap 'gangguan' ini berlangsung selama 1 jam.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Nouria Benghabrit yang dipetik oleh akhbar Algeria, Annahar. Sekolah yang terlibat dengan peperiksaan juga telah dilengkapi dengan pengesan besi dan juga kamera pengawasan di setiap pintu masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Kerajaan Algeria mengambil langkah tersebut kerana pada tahun 2016 terdapat banyak laporan mengenai kertas peperiksaan bocor yang tersebar di laman media sosial. Nanun beberapa organisasi arab mengkritik keputusan tersebut kerana kerajaan tidak pernah memberikan data mengenai hasil keberkesan jika servis internet ditutup.

 

Berkaitan