Alat Kawalan PS5 Mungkin Dilengkapi Ciri Imbasan Degupan Jantung Dan Peluh Tangan

2 Ciri utama terbaru yang mungkin akan diperkenalkan Sony untuk konsol PlayStation 5.


Berdasarkan kepada paten yang difailkan Sony bagi rekaan pad kawalan konsol permainan PlayStation 5, pad kawalan itu dijangka akan menyokong 2 ciri baru iaitu imbasan degupan jantung dan mengesan peluh tangan pemain.

Ia dengan adanya sarung khas yang dipasangkan pada pad kawalan PS5 yang didakwa akan dapat memberikan tindak balas bio.

"A biofeedback sensor attachment for a controller, the biofeedback sensor attachment comprising one or more sensors for obtaining biofeedback information arranged such that at least one sensor is in contact with a user's hand during normal use of the controller, and an output unit operable to output the biofeedback information about measurement made by the one or more sensors." Abstrak dalam paten yang difailkan Sony.



Kredit: FPOCiri baru ini diwujudkan mungkin bagi memberikan lebih pengalaman unik ketika pemain bermain konsol tersebut.

Selain itu, dalam paten yang difailkan itu juga, Sony menyatakan bahawa mereka akan turut membangunkan alat realiti maya terbaru untuk konsol PS5.

"There is a desire in computer gaming to provide an immersive and highly interactive experience for players, so as to enhance the enjoyment of the player. This has become of particular interest with the increasing availability of head-mounted displays (HMDs), which are provided with the intention of fully immersing a player in the in-game environment."

Sony sehingga kini masih belum mengumumkan harga rasmi bagi PlayStaion 5 atau tarikh bilakah konsol permainan yang amat dinantikan itu akan diperkenalkan secara rasmi kepada umum.

Sumber: Extreme Tech

Berkaitan