Aktivis dan Wartawan Mendakwa Kerajaan Mexico Melakukan Kegiatan Pengitipan

MEXICO- Beberapa aktivis, peguam hak manusia dan wartawan di Mexico semalam memfailkan aduan jenayah berikutan laporan bahawa telefon pintar mereka telah dijangkiti dengan perisian pengintip yang dijual kepada kerajaan untuk memerangi penjenayah dan pengganas.

Aduan ke Pejabat Peguam Negara oleh sembilan orang diikuti bersama laporan yang dibuat oleh New York Times bahawa sebahagian daripada mereka telah diburu dengan perisian yang dikenali sebagai Pegasus, dimana ia dijual oleh syarikat Israel NSO Group kepada kerajaan Mexico.

Memetik laporan oleh sekumpulan penyelidik yang menyiasat dakwaan aktiviti pengintipan ini mengatakan Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Pertahanan Mexico adalah antara organisasi yang membeli perisian tersebut.

Antara mereka yang mendakwa menjadi sasaran Pegasus termasuklah Carmen Aristegui, seorang wartawan yang mendedahkan isteri Presiden Enrique Pena Nieto memperoleh rumah dari kontraktor (duit rasuah), serta Carlos Loret de Mola, seorang wartawan di rangkaian televisyen, Televisia.

Kapsyen: Wartawan Mexico Carmen Aristegui memegang telefon bimbitnya semasa sidang akhbar wartawan di Mexico City pada hari Isnin mengenai perisian tersebut


Daniel Millan, jurucakap pejabat Pena Nieto, mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa tidak ada bukti bahawa kerajaan Mexico bertanggungjawab terhadap pengintipan yang diterangkan dalam New York Times."Kami tidak menyokong aktiviti dan percubaan untuk melanggar hak privasi seseorang" ujarnya lagi.

Mengikut laporan Reuters, sejak tahun 2005 permintaan pengawasan pemerintahan kerajaan semakin tinggi di Mexico, menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan pengawasan di negara yang dilanda korupsi.

Kerajaan Mexico membeli sekitar $ 80 juta spyware dari NSO Group dengan syarat ia hanya akan digunakan untuk menyiasat penjenayah dan pengganas, kata The Times.

Sumber

 

Berkaitan