AKtifkan Tema Gelap Pada Windows 10

Tips kali ini khusus untuk anda yang menggunakan PC dengan sistem operasi Windows 10. Apa yang ingin kami kongsikan ialah cara-cara untuk mengaktifkan tema gelap ataupun "dark theme" pada antara muka windows tersebut. memang "smart" tema ni, kepada yang berminat boleh la ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Tekan tombol win+R seterusnya klik pada Regedit.



Langkah 2

Cari lokasi HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindowsCurrentVersionThemes, kemudian klik kanan pada folder Theme dan pilih Create Key. Jangan lupa namakan Personalize.



Langkah 3

Klik kanan sekali lagi pada folder Personalize, kemudian pilih New -> DWORD Value, pilih yang 32-bit sahaja.



Langkah 4

Nama DWORD baru akan menjadi AppsUseLightTheme. "Double" klik dan ubah Value data menjadi 0. Kemudian "restart" PC anda. Selesai.



 

Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.