Aktifkan Tema Gelap Facebook Dengan Menggunakan Aplikasi Swipe For Facebook

Pilihan alternatif kepada aplikasi rasmi Facebook yang memberikan lebih banyak tetapan menarik kepada pengguna.


Jika anda sudah tidak sabar untuk menggunakan tema gelap pada Facebook anda, apa akata anda mencuba sebuah aplikasi alternatif kepada aplikasi rasmi Facebook yang dikenali sebagai 'Swipe For Facebook'.

Aplikasi ini membolehkan anda mengaktifkan tetapan tema gelap pada facebook anda.



Aplikasi Swipe For Facebook adalah aplikasi pihak ketiga yang dibangunkan oleh firma yang berpangkalan di Thailand iaitu Happening Studios.

Aplikasi ini bukan sahaja menyokong ciri tema gelap, tetapi juga terdapat beberapa tetapan menarik lain yang ditawarkan kepada pengguna yang tidak ada pada aplikasi rasmi Facebook.

Antaranya adalah seperti tetapan bagi menyembunyikan FB Stories, menyekat iklan dan tetapan kod pin khusus bagi mengaktifkan aplikasi tersebut.

Kapsyen: Antara tetapan menarik yang ada pada Aplikasi Swipe For Facebook.


Aplikasi Swipe For Facebook boleh dimuat turun secara percuma untuk platfom Android sahaja buat masa ini. Tetapi tetapan sekatan iklan dan akses tetapan tambahan lain untuk aplikasi ini hanya ditawarkan dalam versi Pro sahaja yang berharga RM12.99.

Kapsyen: 2 tetapan tambahan ini hanya boleh diakses di dalam versi Pro aplikasi Swipe For Facebook.


Untuk info lanjut, layari laman Google Play Swipe For Facebook.

P/s: Risiko penggunaan aplikasi pihak ketiga ini adalah ditanggung pengguna sendiri.