Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Akan Dirombak, Tangani Buli Siber Dan Cubaan Bunuh Diri Dalam Talian

Beberapa hari yang lalu, Malaysia telah digemparkan dengan kejadian bunuh diri melibatkan gadis remaja berusia 16 tahun di Kuching, Sarawak.

Ia berlaku lanjutan daripada undian dilakukan gadis tersebut di Instagram yang mana pengguna di platform tersebut mengundinya untuk mati.

Mengutip laporan daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 bakal dirombak susulan kejadian tersebut. Menteri KKMM, Gobind Singh Deo menyatakan perkara itu sedang dalam proses pertimbangan kementerian selain memandangnya sebagai satu isu yang serius.

Beliau turut maklum dengan persoalan yang ditimbulkan ramai, sama ada undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menghadapi masalah yang sama.

Ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpulkan fakta berkaitan kejadian tersebut.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Berkaitan