Akta Hak Cipta Digital Milenium (DMCA) Membenarkan Permainan Lama Digodam Selepas Sokongan Diberhentikan

DMCA atau Digital Millennium Copyright Act adalah sebuah akta di Amerika Syarikat yang melindungi hak-hak pengeluar atau penghasil kandungan di dalam pasaran pengguna. Sebelum ini, akta ini telah dikritik kerana menyusahkan pengguna dalam membaiki peralatan atau perisian yang mereka beli dan perlu dilakukan oleh pengeluar/wakil syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun, DMCA telah melonggarkan beberapa peraturan yang telah ditetapkan mereka dan ini termasuklah permainan-permainan lama yang telah diberhentikan sokongan mereka oleh pengeluar; boleh digodam oleh pihak ketiga bagi membolehkan permainan tersebut dimainkan oleh platfom yang lebih moden.

Jika sebelum ini permainan yang tidak memerlukan sambungan internet boleh berbuat demikian, kini permainan yang memerlukan sambungan internet juga boleh dipecah Digital Rights Managment (DRM) mereka bagi tujuan pemeliharaan.

Kelonggaran ini hanya boleh dibuat oleh satu badan dan bukan individu yang mendapat kod pelayan asli permainan tersebut yang dibenarkan untuk memecahkan DRM dan mengubah kod asal untuk tujuan pemeliharaan permainan tersebut.

 

Berkaitan