Aksesori yang menerima pengesahan Made for iPhone/iPad/iPod (MFi).
Anker telah mengumumkan aksesori terbaru khusus untuk digunakan bersama model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro. Anker LED Flash adalah aksesori lampu bagi menambah baik pencahayaan bagi peminat tegar fotografi iPhone.
Anker menyatakan, LED Flash mereka mampu menyokong tangkapan gambar sehingga 10,000 shot pada setiap kali dicas penuh, cahaya yang mampu mencapai sehingga 2 kali ganda jarak serta 4 kali lebih terang dari lampu kamera terbina dalam peranti.
Anker memaklumkan, aksesori LED Flash ini akan ditawarkan untuk tempahan bermula dari Januari 2020 nanti menerusi Amazon.com. Aksesori Anker LED Flash ini akan dijual pada tanda harga USD49.99.
Produk terbaru dari Anker ini juga merupakan aksesori lampu pertama yang menerima pengesahan rasmi untuk digunakan bersama iPhone (MFi).
MFI adalah program khas yang diwujudkan Apple bagi membolehkan pengeluar-pengeluar aksesori pihak ketiga mendapatkan lesen dari Apple untuk komponen perkakasan, alatan, dokumentasi, sokongan teknikal dan logo rasmi pensijilan yang diperlukan untuk membuat aksesori audio AirPlay dan aksesori elektronik yang menyambung ke peranti iPod, iPhone dan iPad.
Berkaitan
- GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
- Penyelidik Beri Amaran, Jangan Guna Apple Vision Pro Setiap Hari
- Air Asia Menghalang Sebahagian Model Macbook Pro Dibawa Naik Ke Pesawat Mereka
- Western Digital Perlihatkan Prototaip Storan SSD Mudah Alih Berkapasiti 8TB
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS V12.3.1 Bagi Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch
- OPPO Find X3 Pro Edisi Photographer Didedahkan, Hasil Kerjasama Kodak
- MacBook 12 Inci Dilapor Akan Diklasifikasikan Sebagai Produk Usang Akhir Jun Ini
- Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei
- Samsung Dilaporkan Bersedia Menghasilkan Cip Pemprosesan 5nm
- MOSTI Akan Laksana Projek Stesen Pengisian Semula Hidrogen Akhir Tahun Ini