Aksesori Menarik Menanti Pembeli Komputer Riba ASUS, ROG Dan TUF Gaming

Reading Time: 1 minute

Seperti kebiasaan, apabila menjelang musim sesuatu perayaan akan ada promosi dan tawaran menarik akan diberikan kepada pengguna.

Antara kempen yang terbaru adalah Nikmati Raya bersama ASUS dimana ia sudah bermula semalam, 20 Mei 2019 dan akan tamat pada 30 Jun 2019.

Melalui Nikmati Raya bersama ASUS ini, pembeli salah satu model komputer riba ASUS/ROG/TUF Gaming dari pengedar sah boleh menebus pembelian mereka untuk mendapatkan salah satu aksesori menarik yang disediakan seperti;

  • Baucar beli-belah AEON (RM60) – Bagi pembelian komputer riba ASUS RM2000-RM3999.
  • Pembesar suara bluetooth Sony (RM149) – Bagi pembelian komputer riba ASUS RM4000 keatas.
  • Payung ROG (RM129) – Bagi pembelian model ROG/TUF Gaming terpilih dibawah RM5000.
  • Jaket Bomber ROG (RM299) – Bagi pembeli model ROG/TUF Gaming terpilih RM5000 keatas.

ASUS Malaysia turut mengadakan cabutan bertuah yang akan menghidangkan hadiah berupa 12 x baucar percutian, setiap satunya bernilai RM1000 (2 pemenang bagi setiap minggu). Cabutan bertuah ini layak disertai mana-mana pembeli komputer riba ASUS/ROG/TUF Gaming.

Untuk lebih maklumat tentang promosi dan cara menebus hadiah, boleh layari laman sesawang ini, Nikmati Raya bersama ASUS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *