Aksesori Kabel Lightning Dari Mous Ini Diperbuat Daripada 'Carbon Fibre'

Kabel lightning ini mampu mengangkat objek yang beratnya sehingga 140kg.


Pengguna iPhone sering merungut dengan masalah kabel lightning yang didatangkan sekali bersama iPhone mereka kerana kabel asli dari Apple itu tidak tahan lama dan mudah rosak.

Kapsyen: Salah satu contoh kerosakan kabel lightning yang biasa dihadapi pengguna iPhone.


Akibatnya pengguna iPhone terpaksa membeli kabel lightning asli yang baru dari Apple berharga RM89 (1m) atau RM149.00 (2m).

Masalahnya, lama kelamaan pengguna iPhone tetap akan berdepan dengan isu yang sama dihadapi mereka sebelum ini.

Jadi,, daripada anda membazirkan wang berulang kali membeli kabel Apple yang tidak tahan lasak itu, apa kata anda membeli kabel lightning keluaran dari Mous.

Mous merupakan syarikat pengeluar aksesori telefon pintar yang didaftarkan di London, United Kingdom.

Produk kabel lightning keluaran mereka yang dinamakan FlexLine ini merupakan sebuah aksesori kabel yang sangat tahan lasak dan kuat.



Ini kerana ini disaluti dengan 'aramid carbon fibre' yang sangat kuat sehingga membolehkan ia mampu mengangkat objek seberat 140kg.

Malah kabel lightning Mous ini telah diuji sehingga lebih daripada 10 ribu kali ujian lentur. Jadi ia amat sesuai dengan gaya penggunaan anda yang lasak.

Kapsyen: Kepala sambungan USB-A kabel ini juga dikuatkan sambungannya supaya tidak mudah rosak.


Kabel FlexLine lightning telah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak MFi Apple (Made for iPhone, iPad & iPod). Jadi anda tidak perlu risau tentang status kabel ini sama ada ia sesuai digunakan bersama iPhone anda ataupun tidak.

Jika itu masih belum cukup meyakinkan anda, Mous turut memberikan jaminan seumur hidup terhadap kabel tersebut sekiranya berlaku kerosakan pada tahap penggunaan normal.

Kabel FlexLine (USB-A to Apple Lightning) Mous ini adalah sepanjang 1.5m dan  berharga USD39.99. Anda boleh membelinya terus dari laman sesawang rasmi Mous.co.

Kapsyen: Kos penghantaran yang dikenakan bagi pembeli di Malaysia.


Untuk info produk yang lebih lanjut dan melihat aksesori lain yang ditawarkan, sila layari laman Mous.co

Berkaitan