Akses Tontonan Saluran Percuma Astro Kini Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Selari dengan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, Astro turut melanjutkan akses tontonan saluran percuma sehingga 12 Mei, 11.59 malam.

Astro percuma

Pada tempoh lanjutan tontonan komplimentari kali ini, terdapat penambahan akses tontonan percuma bagi 6 saluran pembelajaran termasuk National Geographic, Nat Geo WILD, HISTORY, Animal Planet, Discovery Channel, Discovery Asia dan Discovery Science.

Bagi pelanggan NJOI, anda masih dapat menonton saluran percuma termasuk KIX, Nat Geo WILD, Celestial Movies dan Cartoon Network sehingga tempoh yang sama.

Selain itu, akses tontonan 22 saluran percuma melalui aplikasi Astro GO bagi semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Astro juga dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Oleh itu, pada anda yang belum mendaftar Astro GO, muat turun boleh dilakukan melalui App Store atau Google Play. Seterusnya, pilih "Non-Astro Customer" untuk pendaftaran baru. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh mengakses Astro GO melalui astrogo.com.my.