Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perpustakaan negara malaysia

Akses Lebih Dari 16,000 Buku Secara Percuma Di Portal Perpustakaan Negara

Diterbitkan November 5, 2020 · Dikemas kini November 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 telah membuatkan kunjungan pengguna untuk menggunakan perpustakaan secara fizikal semakin berkurang.

Mengambil kesempatan ini, antara salah satu alternatif untuk membaca buku adalah melalui portal Perpustakaan Negara Malaysia. Ia menyediakan akses lebih dari 16,000 buku secara percuma pelbagai bidang terbitan dalam dan luar negara.

perpustakaan negara malaysia

Caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu mendaftar menjadi ahli u-Pustaka sahaja. Selepas itu, anda boleh terus melayari katalog buku-buku yang diminati.

Anda juga boleh meminjam e-book ini selama 7 hari dengan maksimum 10 buku pada satu-satu masa. Portal Perpustakaan Negara ini juga wujud dalam bentuk aplikasi LIBBY yang lebih sesuai digunakan untuk yang memilih untuk membaca melalui telefon pintar.

perpustakaan negara malaysia

Dengan saluran dan akses pembacaan yang lebih mudah dengan portal ini, kini tiada alasan lagi untuk rakyat tidak membudayakan amalan membaca dalam kalangan mereka.

 

Pautan: Perpustakaan Negara Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY