Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

PlayerUnknown's Battlegrounds atau lebih senang dipanggil PUBG, merupakan permainan multiplayer kegemaran ramai ketika ini. Permainan popular ini tidak terlepas dari penggunaan cheat dan sejak Januari lalu, sejumlah 141 orang sudahpun ditangkap kerana mengguna serta menjual cheat.

Kesemua pesalah yang berasal dari China itu didakwa mencipta, menggunakan serta menjual cheat untuk permainan PUBG.



Tidak cukup dengan itu, ada diantara mereka yang menyelitkan virus berbahaya ke dalam cheat tersebut dengan tujuan untuk mencuri data pemain lain.

Hasil tangkapan ini adalah kerjasama antara syarikat pembangun, Tencent bersama-sama pihak berkuasa yang telah menerima laporan tentang kegiatan berkenaan.



Lanjutan daripada penangkapan yang dibuat, pihak berkuasa telah menyita lebih dari 200 peranti terdiri daripada komputer, pemacu kilat, dan telefon pintar.

Bermula dari Januari yang lalu, Tencent dilihat serius dalam memantau aktiviti penipuan yang berlaku dalam platform permainan PUBG dan ia akan diteruskan bagi membanteras jenayah siber ini.

Sumber: exp.gg