Akibat Covid-19, Jenama-Jenama Terkenal Ini Terjejas Teruk

Seperti yang sedia tahu, banyak industri telah menderita akibat wabak Covid-19. Jenama-jenama terkenal dalam industri fesyen juga tidak terkecuali dan turut terjejas teruk.

Orang ramai telah mula mengambil inisiatif untuk bertukar ke pembelian dalam talian sejak beberapa bulan yang lalu. Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat fesyen menghadapi kerugian yang sangat besar sekaligus menyebabkan penutupan beberapa kedai dan cawangan di seluruh dunia. Ia terpaksa dilakukan sebagai langkah untuk mereka kekal bertahan dalam industri.

Berikut adalah antara syarikat atau jenama fesyen terkenal yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19:

1. ALDO


jenama-jenama terkenal terjejas teruk

Jenama kasut dari Kanada ini telah memfailkan perlindungan dari pemiutang di Amerika Syarikat dan Kanada untuk menyelamatkan perniagaannya. Dalam waktu yang sama, mereka melakukan penyusunan atur semula supaya dapat terus bertahan.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut menyatakan,
“The ALDO Group continues to believe in the strength of its company and brands; Aldo will remain a global brand and still has a strong presence in more than 100 countries. The company will use the proceedings to restructure its business and build on its legacy in retail fashion in other jurisdictions, allowing to ensure the long-term stability of the company and its international business.”

2. H&M




Jenama pakaian Sweden ini telah melaporkan kerugian lebih dari RM1.4 bilion pada suku kedua tahun ini kerana kerugian pada jualan disebabkan oleh Covid-19. Sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menyusun atur semula syarikat, 170 buah cawangan seluruh dunia akan ditutup dan sebaliknya akan memberi lebih fokus pada jualan dalam talian.

3. ESPRIT


jenama-jenama terkenal terjejas teruk


Jualan Esprit di Asia turun sebanyak 52.2% dan 25% secara global pada sulu pertama tahun ini. Hasilnya, jenama fesyen ini terpaksa memberhentikan 1,200 orang kakitangannya.

Esprit juga telah mengumumkan bahawa ia akan menutup semua cawangan di Asia kecuali China pada 30 Jun. Malaysia, Singapura, Hong Kong, Macau, dan Taiwan adalah negara yang terbabit dalam hal ini.

4. ZARA




Ibu syarikat Zara, Inditex, akan menutup sehingga 1,200 cawangannya di seluruh dunia sepanjang 3 tahun akan datang. Keputusan ini atas sebab ingin memfokuskan kepada jualan secara digital. Dikhabarkan jualan syarikat ini turun sebanyak 44% berbanding dengan tahun lepas. Lokasi cawangan yang terjejas masih belum diketahui namun berkemungkinan akan membabitkan jenama-jenama lain di bawah Inditex seperti Bershka, Pull & Bear dan Massimo Dutti.

5. GAP




Pada tahun lepas, GAP telahpun merancang untuk menutup 230 cawangan seluruh dunia dalam masa dua tahun lagi. Namun, nampaknya rancangan tersebut telah dipercepatkan disebabkan kerugian sebanyak 43% pada suku pertama tahun ini akibat Covid-19.

6. GUESS


jenama-jenama terkenal terjejas teruk

Oleh kerana jualan menurun secara drastik kerana penutupan  kedai mereka yang semakin meningkat berikutan wabak Covid-19, syarikat ini terpaksa mengambil langkah besar untuk menutup sehingga 100 kedai di seluruh dunia. Sebahagian besar kakitangannya termasuk 150 kakitangan korporat juga terpaksa diberhentikan.

7. VICTORIA'S SECRET




Victoria's Secret telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup 250 cawangan di Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikhabarkan akan menutup lebih banyak cawangan dalam masa beberapa bulan terdekat ini sebagai usaha untuk menyusun atur semula syarikat ini.

Di UK, sebanyak 25 cawangan telah ditutup dan 800 orang kakitangan telah diberhentikan.

8. LA SENZA


jenama-jenama terkenal terjejas teruk

Jenama pakaian dalam terkenal ini berada di ambang muflis baru-baru ini, dengan hutang sebanyak RM38.4 bilion. La Senza telah menutup cawangannya satu per satu di Kanada dan dikhabarkan masa depan jenama tersebut juga dalam keadaan berisiko.

Sumber: BURO247

Baca lagi: Filem-filem Yang Ditangguhkan Disebabkan ‘Coronavirus’