Akhirnya Sony Bersuara Tentang Perdebatan Panggilan Sebenar Butang 'X'

Kita sering melihat perdebatan di antara Mobile Gamers dan juga Console Gamers. Bukan itu sahaja, dalam kategori Console Gamers pon masih ada perdebatan di antara mereka seperti pemain X Box dan juga pemain PS4 dan juga pemain console berdebat dengan pemain PC.

Namun, ada perdebatan yang lebih unik di dalam dunia permainan console ini apabila Sony telah memuatnaik satu status yang kontroversi di Twitter mengenai butang ikonik yang terdapat pada "Playstation Dualshock Controller" mereka.



Menurut Sony, selama ini kita semua telah menyebut nama butang itu dengan nama yang salah dengan memanggilnya butang "X" sedangkan ia sepatutnya dipanggil dengan nama "Cross".



Walaupun ramai pihak telah berbincang isu ini di dalam media sosial, kali ini wakil Sony sendiri iaitu akaun twitter Playstation UK Officia l telah menyuarakan pandangan mereka melalui satu "tweeting", "Triangle. Circle. Cross. Square. If Cross is called X (it's not), then what are you calling Circle?"

Jika dilihat, memang betul apa yang dikatakan oleh Playstation UK Official mengapa perlu panggil "X" sedangkan butang "O" dipanggil circle kenapa tak dipanggil "O"?. Yang menjadi tanda tanya wajibkah kita menukar panggilan "X" kepada "Cross" selepas pihak Playstation sendiri mahukan ia dipanggil "Cross"?



Namun begitu, berdasarkan satu Poll yang dibuat oleh akaun Twitter Playstation sendiri, seramai 81% responden telah memilih untuk memanggil butang tersebut dengan nama "X" berbanding hanya 8% yang memilih untuk memanggil "cross" dan 11% lagi memilih pilihan ketiga dengan nama "+Rotated 45".

Walauapapun panggilan sama ada "X" atau "cross" Playstation 4 masih menjadi konsol yang paling laris dijual di seluruh dunia.