Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akhirnya Sony Bersuara Tentang Perdebatan Panggilan Sebenar Butang ‘X’

Akhirnya Sony Bersuara Tentang Perdebatan Panggilan Sebenar Butang ‘X’

Diterbitkan September 16, 2019 ยท Dikemas kini September 16, 2019 oleh irfan suhaimee

Kita sering melihat perdebatan di antara Mobile Gamers dan juga Console Gamers. Bukan itu sahaja, dalam kategori Console Gamers pon masih ada perdebatan di antara mereka seperti pemain X Box dan juga pemain PS4 dan juga pemain console berdebat dengan pemain PC.

Namun, ada perdebatan yang lebih unik di dalam dunia permainan console ini apabila Sony telah memuatnaik satu status yang kontroversi di Twitter mengenai butang ikonik yang terdapat pada “Playstation Dualshock Controller” mereka.

Akhirnya Sony Bersuara Tentang Perdebatan Panggilan Sebenar Butang ‘X’

Menurut Sony, selama ini kita semua telah menyebut nama butang itu dengan nama yang salah dengan memanggilnya butang “X” sedangkan ia sepatutnya dipanggil dengan nama “Cross”.

Akhirnya Sony Bersuara Tentang Perdebatan Panggilan Sebenar Butang ‘X’

Walaupun ramai pihak telah berbincang isu ini di dalam media sosial, kali ini wakil Sony sendiri iaitu akaun twitter Playstation UK Officia l telah menyuarakan pandangan mereka melalui satu “tweeting”, “Triangle. Circle. Cross. Square. If Cross is called X (it’s not), then what are you calling Circle?”

Jika dilihat, memang betul apa yang dikatakan oleh Playstation UK Official mengapa perlu panggil “X” sedangkan butang “O” dipanggil circle kenapa tak dipanggil “O”?. Yang menjadi tanda tanya wajibkah kita menukar panggilan “X” kepada “Cross” selepas pihak Playstation sendiri mahukan ia dipanggil “Cross”?

Akhirnya Sony Bersuara Tentang Perdebatan Panggilan Sebenar Butang ‘X’

Namun begitu, berdasarkan satu Poll yang dibuat oleh akaun Twitter Playstation sendiri, seramai 81% responden telah memilih untuk memanggil butang tersebut dengan nama “X” berbanding hanya 8% yang memilih untuk memanggil “cross” dan 11% lagi memilih pilihan ketiga dengan nama “+Rotated 45”.

Walauapapun panggilan sama ada “X” atau “cross” Playstation 4 masih menjadi konsol yang paling laris dijual di seluruh dunia.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY