Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11

Akhirnya, Pengguna Windows 11 Kini Boleh Ubah Kedudukan Taskbar

Diterbitkan September 10, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft telah pun mula menawarkan kemas kini baharu untuk pengguna PC yang menjalankan Windows 11.

Apa yang menariknya untuk kemas kini kali ini, Microsoft bukan sahaja telah membetulkan sejumlah isu keselamatan tetapi juga telah memuatkan beberapa ciri baharu untuk Windows 11.

Atau boleh juga dikatakan ciri lama dari versi Windows terdahulu yang kembali semula diperkenalkan dalam Windows 11.

Ciri baharu yang dimaksudkan di sini adalah anda kini akhirnya boleh mengubah kedudukan taskbar Windows 11.

Bukan sahaja menetapkan taskbar Windows 11 di bawah yang menjadi tetapan default, tetapi kini taskbar tersebut boleh dipindahkan kedudukannya ke kiri, kanan dan bahagiam atas skrin anda.

Cara untuk mengubah kedudukan taskbar Windows 11  ini boleh dibuat menerusi Settings > Personalization > Taskbar > Taskbar behavior > Taskbar position.

taskbar windows 11

Terdapat juga pilihan untuk jadikan saiz taskbar lebih kecil serta mengurangkan saiz ikon dan ketinggian bar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa batasan, seperti kotak carian dan versi padat hanya tersedia apabila bar tugas diletakkan di bahagian atas atau bawah, tidak di sisi kiri atau kanan.

Anda boleh mencuba sendiri ciri baharu Windows 11 ini dengan mengemas kini PC Windows 11 anda sekarang (KB5124008 untuk semua versi Windows 11 25H2 dan Windows 11 24H2).

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • 2 Ciri Baharu Google Translate Kini Tersedia Untuk Pengguna Android Dan iOS
  • Malaysia Kini Peneraju Digital Kedua Di ASEAN Selepas Singapura

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY