Akhirnya Nexflix Ada Butang Skip Intro

Pada minggu lepas, terdapat khabar mengatakan Netflix sedang membuat sesuatu yang mungkin telah mendapat permintaan ramai untuk beberapa tahun ini. Sesetengah pengguna kini dapat melihat butang skip yang akan melangkau kredit pembukaan dan akan menjadi pilihan kepada penonton tegar keseluruhannya.

Kredit pembukaan selalunya menayangkan sedikit episod lepas dan untuk penonton yang menonton secara marathon, agak mengjengkelkan untuk mengulangnya untuk beberapa kali.

Fungsi itu sekarang hanya dapat ditemui dalam aplikasi web Netflix. Ia juga buat masa sekarang hanya berfungsi untuk beberapa rancangan sahaja seperti Iron Fist dan House of Cards. Untuk pengguna mobil Nexflix, anda nampaknya perlu menunggu pengumuman rasmi dari Nexflix sendiri bagi fungsi ini dibawa masuk ke dalam aplikasi mobil.

Sumber