Akhirnya Motorola Razr Akan Memasuki Pasaran Pada 6 Februari 2020

Pra tempah Motorola Razr sudah dibuka dibuka sejak 26 Januari lalu.


Selepas ditangguhkan jualan Motorola Razr pada lewat tahun lalu, akhirnya model terbaru telefon pintar boleh lipat dari Motorola ini akan mula menjengah pasaran pada 6 Februari 2020 ini.

Pengguna pula sudah pun boleh membuat tempahan awal ke atas peranti tersebut sejak 26 Januari lalu menerusi laman rasmi Motorola.com.

Walaubagaimanapun, ia hanya akan ditawarkan kepada pasaran A.S sahaja dahulu buat masa ini.

Motorola Razr yang berharga USD1,499.99 hanya menyokong kad eSIM sahaja dan ditawarkan model dengan kapasiti storan 128GB serta berwana Hitam Noir sahaja.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 710, RAM berkapasiti 6GB, paparan pOLED boleh lipat bersaiz 6.2 inci, menggunakan sistem Android 9 (Pie) serta bateri terbina dalam yang hanya berkapasiti 2510mAh sahaja.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi Motorola Razr ini, layari laman rasmi Motorola.com.