Akhirnya Mi Malaysia Akan Membawa Masuk Redmi Note 4 Ke Pasaran Tempatan, Diumumkan Tengahari Esok (8 Mac 2017)

Penantian peminat telefon pintar Xiaomi kini bakal berakhir dimana Mi Malaysia bakal mengumumkan model Redmi Note 4 pada esok, 8 Mac 2017.

Beberapa hari yang lepas, akaun rasmi Facebook Mi Malaysia ada memuat naik status memberi bayangan tentang model baru yang akan dilancarkan di pasaran tempatan dan hari ini satu video telah di muat naik dengan status "Akan Datang! Watch this space for more info: 12PM, 08.03".

Redmi Note 4 telah mula diperkenalkan pada Januari yang lalu dimana penjualan model ini di pasaran India merekodkan 250,000 unit terjual dalam masa 10 minit sahaja.

Redmi  Note 4 menampilkan saiz skrin paparan berukuran 5.5 inci dengan cip pemproses Snapdragon 625.

Beroperasi menggunakan platform Android Marshmallow 6.0 dan bateri berkapasiti 4100 mAh.

Ia juga hadir dengan kamera utama 13 megapiksel dan 8 megapiksel bagi kamera selfie.

Masih belum dapat dipastikan lagi tentang harga dan variasi warna yang akan dipasarkan di pasaran tempatan. Jadi sama-sama kita nantikan pengumuman dari Mi Malaysia esok hari.

Sumber: Mi Malaysia