Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Iphone Kini Boleh Menikmati Penyimpanan Gambar Tanpa Had Dengan Kualiti Asal Di Google Photos

Akhirnya Anda Boleh Mengubah Resolusi Rakaman Video Melalui iOS 13.2 – Tetapi Hanya Untuk Siri iPhone 11

Diterbitkan Oktober 29, 2019 · Dikemas kini Oktober 29, 2019 oleh Meor Hasyim

Ciri ini nampak sebegitu mudah untuk disertakan dalam aplikasi camera iPhone. Sebuah kawalan untuk menukar resolusi video rakaman di dalam kamera tanpa perlu keluar daripada aplikasi tersebut. Akan tetapi, tidak tahu kenapa sebabnya Apple tidak menyertakan ciri ini buat sekian lamanya.

Namun, untuk iOS 13.2, dengan kemaskini ini, pengguna boleh menikmati ciri tersebut. Melalui kawalan tersebut, pengguna boleh menukar kedua-dua jenis tetapan iaitu resolusi video dan frame ratenya.

Akhirnya Anda Boleh Mengubah Resolusi Rakaman Video Melalui iOS 13.2 – Tetapi Hanya Untuk Siri iPhone 11

Tetapi, malangnya, hanya siri iPhone 11 sahaja yang mendapat ciri ini. Ini termasuklah model iPhone 11, 11 Pro dan juga 11 Pro Max. Jika anda menggunakan iPhone model lama, anda tidak dapat menikmati ciri ini buat masa ini.

Sebelum ini, pengguna terpaksa keluar daripada aplikasi kamera semata-mata untuk menukar resolusi video dan juga tetapan frame rate. Penambahan ciri ini yang walaupun sudah lama menunggu, tetapi hadir juga akhirnya, akan memudahkan pengguna iPhone untuk menggunakan aplikasi kamera.

iOS 13.2 juga hadir dengan fungsi Deep Fusion, sokongan terhadap Airpods Pro, emoji baharu, sokongan multi-pengguna untuk HomePod, dan banyak lagi. Anda boleh mula mengemaskini kepada iOS 13.2 bermula hari ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY