Akaun YouTube Dipadam Isteri, Lelaki Ditahan Cuba Bertindak Ganas Di Ibu Pejabat Google

Akibat berang akaun YouTube-nya dipadam, seorang lelaki telah ditahan ketika cuba bertindak ganas ibu pejabat Google di Calofornia, baru-baru ini.

Kyle Long, berusia 33 tahun yang berasal dari Maine, telah memandu sejauh kira-kira 3300 batu untuk ke ibu pejabat Google berkenaan.

Apa yang menyedihkan ialah akaun YouTube milik beliau sebenarnya telah dipadam oleh isterinya sendiri, bukannya Google.

Isterinya memberitahu bahawa dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana takut suaminya berang dan akan mengasarinya.

Akaun terbabit hanya mengandungi satu video yang merupakan satu video tips "cepat kaya". Menurut bapanya lagi, Kyle mempunyai masalah mental sebelum ini.

Menurut sumber, Google tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikannya.

 

Sumber: BuzzFeed News via The Verge