Akaun Twitter Yang Tidak Aktif Akan Dipadam Bermula Disember Ini

Jika anda sudah tidak lama log masuk akaun 6 bulannya, anda akan menerima notifikasi dari pihak Twitter yang akaun anda akan dipadam kerana ia dikira tidak aktif. Namun, anda tidak perlu acah-acah kemaskini status Twitter untuk menunjukkan anda aktif menggunakannya. Hanya perlu log masuk sahaja untuk kekal 'aktif'.

Menurut Twitter, pembuangan akaun ini adalah salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat lebih tepat dan berkualiti dari pengguna yang boleh dipercayai. Dengan pembuangan akaun ini, pengguna baru atau sedia ada boleh menggunakan nama profil akaun yang sudah dibuang.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan yang mungkin berlaku terutamanya untuk pengguna yang tidak boleh log masuk. Pengguna yang sudah meninggal dunia, yang terlantar di hospital dan lain-lain mungkin bakal kehilangan akaun mereka jika akaun mereka dipadam

Twitter akan memulakan misi padam akaun ini bermula pada 11 Disember. Namun, ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum akaun-akaun yang terlibat tersebut hilang pada laman Twitter seluruhnya.

Sumber: Dave Lee