Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akaun Twitter Yang Tidak Aktif Akan Dipadam Bermula Disember Ini

Akaun Twitter Yang Tidak Aktif Akan Dipadam Bermula Disember Ini

Diterbitkan November 27, 2019 oleh Meor Hasyim

Jika anda sudah tidak lama log masuk akaun 6 bulannya, anda akan menerima notifikasi dari pihak Twitter yang akaun anda akan dipadam kerana ia dikira tidak aktif. Namun, anda tidak perlu acah-acah kemaskini status Twitter untuk menunjukkan anda aktif menggunakannya. Hanya perlu log masuk sahaja untuk kekal ‘aktif’.

Menurut Twitter, pembuangan akaun ini adalah salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat lebih tepat dan berkualiti dari pengguna yang boleh dipercayai. Dengan pembuangan akaun ini, pengguna baru atau sedia ada boleh menggunakan nama profil akaun yang sudah dibuang.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan yang mungkin berlaku terutamanya untuk pengguna yang tidak boleh log masuk. Pengguna yang sudah meninggal dunia, yang terlantar di hospital dan lain-lain mungkin bakal kehilangan akaun mereka jika akaun mereka dipadam

Twitter akan memulakan misi padam akaun ini bermula pada 11 Disember. Namun, ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum akaun-akaun yang terlibat tersebut hilang pada laman Twitter seluruhnya.

Sumber: Dave Lee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY