Akaun Twitter Digodam Secara Besar-Besaran Menyebarkan Propaganda Swastika dan Pro-Erdogan

Beberapa ratus mungkin beribu akaun twitter digodam pada awal pagi rabu dalam serangan untuk menyokong pergerakan Pro-Turkey. Akaun yang terjejas termasuk beberapa akaun rasmi telah menyiarkan tweet berbahasa turki dengan lambang Nazi swastika diikuti dengan hashtag #Nazialmanya dan #Nazihollanda.

Teks yang menyusul selepas itu pula berbunyi "This gives you a little #OttomanSlap", secara terus membuat rujukan tentang 16 April dimana Turki akan mengadakan pungutan suara bagi menggubal perlembagaan bertujuan memberi kuasa kepada presiden Turki sekarang mengekalkan jawatanya sehingga tahun 2029. Tweet tersebut juga mempunyai link kepada video pro-Erdogan(Presiden Turki sekarang) di applikasi youtube. Beberapa akaun juga diubah latar belakangnya kepada bendera Turki.

Insiden ini telah menaikkan ketegangan antara Turki dengan Belanda setelah kerajaan Belanda menghalang dua menteri Turki bagi melakukan ucapan di hadapan warganegara Turki yang berada di Belanda. Presiden Turki bertindak balas dengan menuduh kerajaan Belanda bertindak seperti Nazi. Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Belanda pada hari selasa. Erdogan juga menuduh Jerman bertindak seperti Nazi selepas kerajaan Jerman melarang sebarang bentuk perhimpunan menjelang referendum Turki.

Sehingga kini tidak ada angka rasmi mengenai berapa banyak akaun yang terjejas tetapi beberapa akaun rasmi seperti Amnesty International, Duke University, Reuters Japan, dan BBC Amerika Utara antara akaun yang terjejas.

Sumber