Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Neymar Twitch

Akaun Twitch Bintang Bola Sepak Neymar Diharamkan

Diterbitkan November 12, 2020 oleh Amsyar Latif

Akaun Twitch pemain bintang bola sepak dunia, Neymar telah diharamkan baru-baru ini.

❌ Twitch Partner "neymarjr" has been banned! ❌https://t.co/dWGHEhHuCO#twitch #ban #firstban #partner #twitchpartner 🇸🇩

— StreamerBans (@StreamerBans) November 9, 2020

Bintang Paris Saint-Germain ini telah terlibat dengan penstriman permainan di Twitch sejak beberapa bulan yang lalu.

Beliau juga di antara individu yang terkenal di laman itu atas faktor namanya yang sudah cukup gah.

Beliau turut bermain permainan CS:GO serta juga beberapa judul lain dan boleh dikatakan agak baik ketika bermain game, sama seperti ketika di atas padang.

pic.twitter.com/gHFgcP6cRC

— Neymar Jr (@neymarjr) October 18, 2020

Bukanlah satu perkara baru bagi Neymar dalam dunia gaming kerana sebelum ini beliau pernah berminat untuk membeli pasukan E-sukan League of Legends pada tahun 2017.

neymar csGO

Sehingga hari ini, pihak Twitch tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.

Namun, ada yang mengatakan beliau diharamkan disebabkan telah mendedahkan nombor telefon rakannya, Richarlison (bintang Everton) semasa strim sedang berlangsung.

Terdapat juga laporan yang mengatakan mungkin dia diharamkan atas sebab memainkan muzik semasa bermain.

Ini bukan kali pertama Twitch mengharamkan bintangnya kerana sebelum ini DrDisrespect turut menerima nasib yang sama.

Sumber: streamerBans via

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY