Akaun Rasmi Twitter Huawei Brazil Digodam - Memaparkan Mesej Jelik Terhadap Apple

Penggodam menulis - “Hey @Apple, m************, suck my ****! “We’re the best!”.


Huawei yang kini dalam usaha mengembangkan penguasaan pasaran mereka di Brazil telah berdepan dengan aktiviti penggodaman yang dilaporkan berlaku terhadap laman rasmi akaun Twitter Huawei Mobile Brazil baru-baru ini.

Penggodam yang telah berjaya mengakses akaun Twitter Huawei itu telah membuat hantaran mesej jelik berbentuk provokasi secara khusus terhadap pesaing utamanya iaitu Apple Inc.

Mesej tersebut jelik tersebut berbunyi  “Hey @Apple, m************, suck my ****! “We’re the best!”.

https://twitter.com/jrlchaves/status/1199946839824490497?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1199946839824490497&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizchina.com%2F2019%2F11%2F30%2Fhuaweis-twitter-account-hacked-to-publicly-offend-apple%2F

Tidak lama selepas daripada insiden penggodaman itu yang mendapat perhatian ramai, pihak Huawei mobile Brazil telah respon dengan memohon maaf kepada para pelanggan mereka.

Huawei memaklumkan mereka sedang menyiasat akan perkara ini dan pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan dengan hukuman yang berat.

Sumber: GizChina