Berdasarkan perkongsian tersebut, ia menunjukkan NEX 3S 5G dengan skrin melengkung waterfall tanpa takuk atau punch hole pada panel. Turut dikongsikan oleh sumber yang boleh dipercayai di laman web Weibo, peranti ini hadir dengan memori LPDDR5 dan UFS 3.1.
Terdahulu, peranti ini dilihat muncul pada senarai TENAA dengan skrin waterfall, dan dikuasakan cip Snapdragon 865. Senarai tersebut turut mendedahkan NEX 3S 5G dengan paparan AMOLED 6.89 inci, 8GB RAM serta dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB.
Selain itu, peranti ini dijangka mempunyai tetapan tri-kamera di belakang dengan 64MP kamera utama, dua kamera 13MP serta 16MP bagi kamera hadapan. Peranti ini mungkin hadir dengan warna baru iaitu oren.
Masih tiada pengesahan mengenai spesifikasi yang disebutkan, peranti ini dikatakan mempunyai sokongan rangkaian dwi-5G dengan NSA dan SA. Dengan saiz bateri 4250mAh, ia adalah lebih kecil berbanding kapasiti bateri Vivo NEX 3 iaitu 4500mAh.
Buat masa sekarang, ia hanya spekulasi dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini, nantikan pelancaran NEX 3S 5G pada 10 Mac.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299
- vivo Tawar Diskaun Sehingga RM2,090 Sempena Jualan Murah Di Lazada
- 12 Juta Pengguna Dijangka Nikmati Akses 5G Menjelang Akhir Tahun Ini - MenKOMM
- nubia Neo 2 5G Kini Rasmi, Berharga RM999
- Kerajaan UK Akan Membelanjakan RM1.3 Bilion Bagi Menyokong Syarikat Telco Tukar Kelengkapan 5G Huawei
- ZTE Bakal Lancar Axon 20 5G, Telefon Pintar Pertama Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan
- Ini Mungkin Sebabnya Peratus Pengguna 5G Di Malaysia Masih Rendah
- Maxis Tawar Akses 5G Percuma Sehingga 15 September
- Malaysia Akan Lancarkan Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G Pertama Di Asia Tenggara
- Hanya 7 Juta Pengguna Miliki Peranti 5G Di Malaysia - Fahmi