Akan Datang: Android 7.1 Developer Preview





Hari ini Android mengesahkan akan mula menyediakan preview bagi kemaskini Android Nougat 7.1 pada bulan hadapan. Kemaskini tambahan ini bakal menampilkan ciri baru untuk pengguna seperti sokongan Daydream Realiti Maya, kemaskini sistem A/B dan juga sokongan papan kekunci imej.



Seperti biasa anda boleh mula mencuba serta menguji ciri dan fungsi terbaru itu menerusi Android Beta Program. Berikut merupakan ciri yang bakal tampil untuk developer pada Nougat 7.1.


  • App shortcuts API - membolehkan anda mengakses fungsi secara pantas dalam aplikasi.

  • Sokongan ikon aplikasi berbentuk bulat - Menyediakan anda dengan ikon yang sepadan dengan pelancar Pixel dan pelancar yang lain.

  • Mempertingkatkan metadata live wallpaper - membolehkan anda memberi metadata berkenaan live wallpaper yang anda gunakan.



Android Nougat 7.1 juga turut menambah ciri yang menjadi permintaan ramai:



  • Sokongan papan kekunci imej - pengguna boleh mengakses imej terus pada papan kekunci

  • Storage manager Intent - membolehkan aplikasi membawa pengguna terus kepada tetapan skrin baru untuk membuang fail yang tidak digunakan dan mengosongkan ruang storan di dalam peranti.













Sumber: Android Developers Blog






Berkaitan