Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ocean Waves Crashing on Seawall

Aisberg Bersaiz 1.5 Kali Ganda Lebih Besar Dari Bandaraya Paris Telah Bergerak Sehingga Hampir Menyebabkan Bencana Lebih Besar

Diterbitkan Ogos 22, 2021 oleh ariff bukhari

Pada awal tahun ini, sebuah aisberg besar di Antartika telah terhasil selepas ia terpisah daripada cantuman bahagian besarnya yang dikenali sebagai Brunt Ice Shelf.

Bahagian aisberg yang terpisah yang dikenali sebagai A-74 itu dianggarkan bersaiz 1.5 kali ganda lebih besar keluasannya berbanding bandaraya Paris termasuklah kawasan sekitarnya

Walaubagaimanapun, tiada pergerakan berlaku pada aisber A-74 itu sepanjang tempoh tersebut di mana ia kekal berada berhampiran pada Brunt Ice Shelf.

Sehinggalah pada awal Ogos baru-baru, Agensi Angkasa lepas Eropah (ESA) melaporkan berlakunya tiupan angin kuat di Antartika sehingga menggerakkan aisberg A-74.

Berdasarkan kepada imej berturutan yang dirakam oleh satelit Copernicus Sentinel-1, aisberg A-74 yang berkeluasan 1270km persegi itu telah bergerak  bermula dari 9 hingga 18 Ogos lalu.

Aisberg Bersaiz 1.5 Kali Ganda Lebih Besar Dari Bandaraya Paris Telah Bergerak Sehingga Hampir Menyebabkan Bencana Lebih Besar

Menurut ESA, pergerakan aisberg A-74 yang tidak stabil itu hampir menyebabkan berlakunya bencana besar di mana ia hampir berlanggar dengan bahagian Brunt Ice Shelf.

Jika berlaku perlanggaran tersebut, ESA menyatakan ia boleh boleh mewujudkan pula aisberg yang berkeluasan 1700km persegi hasil pemisahan Brunt Ice Shelf dari sambungannya iaitu Halley IV.

Pada tahun lalu, para saintis menyuarakan kebimbangan terhadap keadaaan ini kerana ia pemecahan dan pergerakan aisberg akan memusnahkan habitat dan sumber makanan pada hidupan liar di Antartika seperti penguin dan lain-lain.

Sumber: The European Space Agency, British Antartic Survey

Baca juga: Saintis Mendakwa Bumi Kini Berputar Lebih Perlahan Berbanding Dahulu Menyebabkan Oksigen Bumi Bertambah

Ais Greenland Yang Cair Minggu Ini Boleh Menenggelamkan Negeri Florida Sehingga 6 Inci

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY