AirDrop Pada iPhone 11 Bolehkan Pengguna Halakan Peranti Kepada Pengguna Lain Untuk Menghantar

Lewat pagi tadi kita sudah melihat tiga model iPhone 11 diperkenalkan kepada umum yang akan disertakan dengan beberapa ciri baru padanya. Antara yang bakal hadir pada peranti ini melalui iPhone 11 adalah ciri AirDrop dengan fungsi lebih tepat dan boleh dihala kepada pengguna lain.

Keupayaan ini diperoleh daripada penggunaan cip U1 bermaksud "Ultra-Wideband", satu teknologi yang digunakan oleh Apple untuk menguasakan ciri penjejakan lokasi bagi telefon pintar mereka. Menerusinya, iPhone terbaru ini mampu berkomunikasi dengan peranti U1 lain dalam cara yang lebih tepat serta pantas.



Penghantaran data seperti foto pada peranti yang dilengkapi cip U1 menggunakan ciri AirDrop dapat dibuat dengan cara menghalakan iPhone kepada penerima dan mereka akan menjadi yang pertama dalam senarai.