AirAsia Unlimited Pass Kini Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021

AirAsia telah memperkenalkan pas penerbangan tanpa had sejak Februari yang lalu. Melaluinya, ahli BIG AirAsia boleh menikmati penerbangan ke beberapa lokasi terpilih pada harga RM499 tetapi tidak termasuk beberapa cas lain seperti cukai.

Pada awalnya, penawaran ini dibuat untuk penggunaan sehingga 2 Mac 2021 tetapi kini tarikh tersebut telah dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2021.



Antara destinasi yang ditawarkan adalah penerbangan dari Kuala Lumpur (pergi dan balik) ke Melbourne, Gold Coast, Perth, Sydney, Changsha, Chongqing, Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai, Wuhan, Xi’an, Amritsar, New Delhi, Ahmedabad, Sapporo (Chin Chitose), Osaka, Fukuoka, Tokyo (Haneda), Tokyo (Narita), Jeju, Seoul, Busan, Taipei.

Hanya penerbangan yang dilabel sebagai '100 Off' sahaja yang layak ditempah menggunakan AirAsia Unlimited Pass ini.

Berita mengenai lanjutan tempoh pas penerbangan tanpa had ini pastinya menggembirakan pembeli namun harus diingatkan bahawa kita sekarang masih dibelenggu dengan Covid-19. Menurut laporan Bernama, sempadan negara masih lagi ditutup dan hanya warganegara sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam negara.

Berkaitan