AirAsia Tawar Pas Penerbangan Domestik Tanpa Had Pada Harga RM399

AirAsia hari ini mengumumkan pas penerbangan domestik tanpa had, AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia pada harga RM399 untuk ahli BIG AirAsia. Pembelian pas tanpa had ini akan tersedia bermula jam 10 pagi, 11 Jun hingga 13 Jun 2020 atau sehingga pas tersebut habis dijual.



Setiap pembelian AirAsia Unlimited Pass akan menerima kod promo yang boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan pada airasia.com atau aplikasi AirAsia melalui AirAsia Deals.



Selain itu, tempahan melalui AirAsia Unlimited Pass ini juga perlu dibuat sekurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan terbang tanpa had dari 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021. Hanya penerbangan dengan tanda “100% OFF” sahaja yang tersedia untuk tempahan bagi pemegang AirAsia Unlimited Pass.



Pas ini menawarkan sehingga 16 destinasi domestik termasuk Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembelian AirAsia Unlimited Pass, layari pada pautan ini.