AirAsia Mempertingkatkan Perkhidmatan Jalur Lebar Di Dalam Pesawat Mereka Menerusi AirAsia WiFi+

Reading Time: 2 minutes

Perkhidmatan ROKKI dijenamakan kepada AirAsia WiFi.

Pada Mei lalu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah melancarkan laman portal baru ROKKI yang merupakan sebuah platfom terbaru bagi menghubungkan internet kepada para penumpang mereka.

Ketika ini, enam pesawat yang dikendalikan AirAsia Malaysia dilengkapi dengan platform Ka-band berkelajuan tinggi yang dikuasakan oleh ROKKI.

Ka-band, yang dibangunkan oleh Inmarsat menawarkan pengalaman hiburan dan penyambungan yang dipertingkatkan melangkaui jalur lebar asas, menyokong video secara langsung dan penstriman muzik.

Manakala ROKKI adalah peneraju penyedia hiburan, e-dagang dan penyelesaian penyambungan dalam penerbangan yang telah merevolusikan pengalaman pengembara, membolehkan jutaan penumpang kekal terhubung dengan peranti mudah alih mereka ketika dalam penerbangan.

Sebagai usaha syarikat penerbangan itu menaik taraf mutu perkhidmatan pelanggan mereka, AirAsia komited untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya itu di semua 98 pesawat kendaliannya menjelang tahun depan.

Bermula dengan penjenamaannya, ROKKI WiFi kini dikenali sebagai AirAsia WiFi.

Infrastruktur bagi perkhidmatan jalur lebar AirAsia WiFi ini disediakan oleh GX Aviation. GX Aviation adalah penyelesaian jalur lebar dalam penerbangan pertama di dunia dengan liputan global berkelajuan tinggi dan disediakan oleh pengendali tunggal, Inmarsat.

Sebagai pengenalan dan peningkatan kepada perkhidmatan jalur lebar ini, AirAsia memperkenalkan AirAsia WiFi+ yang menawarkan kepada para penumpang mereka yang melakukan penerbangan dalam pesawat yang dilengkapi dengan  GX-Aviation akan memperoleh percubaan data bersaiz 10MB secara percumas ehingga 30 September ini.

Manakala untuk sebarang penambahan kuota data, pelanggan mereka boleh melanggan mana-mana pelan internet bermula dengan data 10MB hingga 200MB pada harga antara RM9 hingga RM58.

Untuk info lanjut perkhidmatan jalur lebar oleh AirAsia ini, layari laman ROKKI.com.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *