Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia Bundle Deals Diperkenalkan – Pelbagai Tawaran Hebat Boleh Didapati Menerusi AirAsia.com

AirAsia Bundle Deals Diperkenalkan – Pelbagai Tawaran Hebat Boleh Didapati Menerusi AirAsia.com

Diterbitkan Disember 18, 2019 oleh Haikel Areff

Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia Group Bhd meneruskan lagi agenda mereka kali ini dengan melancarkan AirAsia Bundle Deals di platform airasia.com.

Selain menjalankan penjualan tiket penerbangan, perniagaan restoran, platform hotel dan bermacam produk lain, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan tersebut menyatakan bahawa pelancaran ini bertujuan untuk mempelbagaikan lagi penawaran daripada AirAsia agar dapat terus berkembang dengan lebih pesat.

Menurut beliau, para pelanggan akan dapat menikmati pelbagai tawaran menarik yang terdiri daripada jenis makanan dan minuman, kecantikan serta perkhidmatan dengan menebusnya menggunakan Mata Ganjaran BIG.

AirAsia Bundle Deals Diperkenalkan – Pelbagai Tawaran Hebat Boleh Didapati Menerusi AirAsia.com
AirAsia Bundle Deals

AirAsia Bundle Deals tidak hanya terhad kepada pengguna airasia.com semata-mata, kerana di dalam perancangan fasa seterusnya, ia bakal menjadi salah satu pilihan kepada organisasi yang mahu memberi ganjaran kepada pekerja.

AirAsia kini lebih jauh ke hadapan sebagai sebuah syarikat penerbangan yang serba boleh apabila menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk untuk memenuhi gaya hidup anda.

Anda hanya perlu log masuk ke airasia.com/deals untuk merebut segala macam tawaran dan manfaat yang disediakan oleh syarikat ini.

Sumber: Bernama

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY