AirAsia Akan Perkenal Teknologi Imbasan Wajah Untuk Sistem Daftar Masuk

Selepas memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai BigPay, syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia dikhabarkan bakal tampil dengan satu lagi teknologi canggih untuk penumpang mereka dikenali sebagai FACES.

FACES yang juga singkatan kepada Fast Airport Clearance System adalah sistem daftar masuk layan diri yang menggunakan teknologi pengecaman wajah.

Difahamkan, teknologi ini akan mula digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Dengan pengenalan sistem biometrik seperti ini, prosedur untuk daftar masuk bagasi, serta pintu menaiki pesawat dapat dijalankan dengan lebih efisien dan pantas.

Ia sedikit sebanyak dilihat mencontohi Singapura yang telah membuka terminal khas (Terminal 4), menempatkan sistem-sistem canggih dimana penumpang berupaya mendaftar masuk dan menaiki pesawat tanpa berhubung dengan kakitangan lapangan terbang.

Sumber: Lowyat.net