Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia Akan Melancarkan Idola Maya Pertama Pada 8 Mei Ini

AirAsia Akan Melancarkan Idola Maya Pertama Pada 8 Mei Ini

Diterbitkan Mei 5, 2021 oleh ariff bukhari

Syarikat penerbangan AirAsia memaklumkan bahawa idola maya pertama mereka akan membuat kemunculan sulungnya pada 8 Mei ini.

Idola maya AirAsia yang dikenali sebagai Aozora Kurumi itu merupakan sebahagian Projek Kavvaii AirAsia iaitu sebuah program mencari dan menghasilkan idola maya terkenal di Asean yang telah dilancarkan dalam bulan Mac lalu.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan idola maya pertama kami pada hari ini yang dijangka akan menjadi pemacu masa depan kandungan penstriman di Asean. Sebagai sebuah syarikat digital, perubahan berterusan dalam cara para pengguna menonton kandungan dalam talian mendorong kami untuk meneroka inovasi antara industri melalui Project Kavvaii untuk kekal relevan dan mendahului trend.” Rudy Khaw, Ketua Pegawai Jenama airasia Group.

Rekaan karakter Aozora Kurumi ini dihasilkan oleh artis ilustrasi bernama Yueko yang memang terkenal dalam komuniti idola maya.

Idola maya ini bakal berinteraksi dan menjadi pembangun kandungan dalam talian yang memfokuskan pada permainan dan gaya hidup pada masa hadapan.

Jadi jangan lupa menonton video strim pertama Aozora Kurumi yang akan disiarkan di laman YouTube pada 8 Mei 2021 jam 8 malam.

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY