Agensi Kerajaan Dan Individu Perlu Waspada Terhadap Serangan Siber Yang Kini Mengganas

Baru-baru ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa terdapat serangan siber terhadap data rangkaian milik ATM.

Terbaru, Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) mengingatkan semua agensi kerajaan mahupun individu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelamatkan data-data daripada menjadi serangan siber.

Serangan tersebut berlaku pada 29 Disember yang lalu dan dijangka akan berlarutan sehingga 5 Januari 2021. NC4 juga mengatakan bahawa serangan siber yang dilakukan banyak menyasarkan organisasi di Malaysia.

Portal rasmi ATM digodam, gagal jejaskan operasi Kapsyen: Sumber: MalaysiaGazette


Penggodam kebiasaannya akan menggunakan sistem Deface untuk menggodam laman kerajaan disebabkan kebanyakan laman sesawang sesebuah agensi menggunakan sistem portal terbuka atau open source.

Malah, sistem yang digunakan penggodam juga bukanlah perkara yang baharu kerana kaedah ini terkenal pada tahun 2000 dimana ia hanya mengimbas portal ini untuk log masuk.

Tambahan lagi, kebanyakan penggodam ini melakukan kegiatan secara berkumpulan dan dalam lingkungan 25 tahun ke bawah.

Oleh itu, Pentadbir Sistem dan Pentadbir Rangkaian perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber yang mencukupi bagi memastikan rangkaian sistem selamat.

Sumber: PDRM