AfterShokz Perkenalkan Peranti Fon Kepala Kalis Air - Xtrainerz

Mampu menahan ke dalaman air sehingga 2 meter.


AfterShokz telah memperkenalkan peranti pemain muzik yang juga fon kepala yang dikenali sebagai Xtrainerz di IFA 2019. Istimewanya peranti muzik ini adalah ia adalah kalis air (air masin atau air tawar) dan mampu menahan ke dalaman maksimum sehingga 2 meter.

Peranti fon kepala MP3 ini amat sesuai digunakan oleh mereka yang aktif dan gemar dengan aktiviti sukan air.

Xtrainerz dilengkapi dengan storan terbina dalam bersaiz 4GB yang menyokong format audio MP3, WmA, WAV dan AA.

Kapsyen: Peranti pemain muzik MP3 dan fon kepala Xtrainerz.


Tidak sahaja kalis air tetapi juga ia kalis debu dan kotoran serta mampu beroperasi pada suhu ekstrim -10 hingga 45 darjah Celsius.

Xtrainerz juga direka khusus supaya ia dapat memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika mereka melakukan aktiviti sukan air.

Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada makluman bilakah ia akan ditawarkan serta harga bagi peranti tersebut dari pengeluarnya.

Berkaitan