Adobe Perkenalkan Aplikasi Photoshop Camera Dikuasakan Oleh AI

Nama Adobe cukup dikenali kerana kemampuannya menyediakan fungsi suntingan bagi rakaman gambar. Bagi platform mudah alih, aplikasi suntingan seperti Lightroom dan Photoshop Express boleh dikatakan antara pilihan pengguna dalam mendapatkan hasil gambar yang baik.

Kini, menambah sebuah lagi penawaran adalah Adobe Photoshop Camera untuk digunakan peranti pintar. Melaluinya, pengguna boleh memilih bermacam kesan serta ciri suntingan pada foto secara masa nyata iaitu sebelum butang rakaman foto ditekan.

Selain itu, pengguna juga diberikan kebolehan menukar latarbelakang, menambah pelekat dan boleh dikongsikan terus ke akaun media sosial secara dalam aplikasi.

Menurut Adobe, aplikasi ini dibangunkan dari kerangka dan platform Sensei AI mereka yang tersendiri, ia berupaya untuk membezakan secara automatik antara selfie, makanan dan banyak lagi.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=29&v=zRfG7cWqCG8

Ia masih belum ditawarkan secara rasmi kepada umum dimana Adobe merancang penawarannya dibuat pada peranti Android pada tahun hadapan. Buat masa sekarang anda boleh mendaftar untuk permohonan akses awal aplikasi tersebut.