Terdapat pelbagai filter dan kesan kamera (camera effect) dengan fungsi AI yang boleh mengubah latar belakang dengan menggunakan aplikasi ini. Selain diambil secara terus dari kamera, suntingan gambar juga boleh dilakukan pada gambar sedia ada.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=TrUPqyylDgs[/embed]
Melalui aplikasi ini, terdapat beberapa suntingan yang boleh mengawal kecerahan, kepekatan gambar dan sebagainya. Bagaimanapun, tiada fungsi rakaman video yang disertakan pada aplikasi ini.
Dalam pada itu, Adobe turut berhasrat untuk menambahkan lebih banyak filter dari masa ke masa dan akan bekerjasama dengan artis dan pencipta tertentu. Ketika ini, Adobe telah berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Billie Eilish. Jika menggunakan filter Billie Eilish tersebut, terdapat latar belakang langit biru yang dihujani dengan logo Blohsh.
Walaupun filter yang ada pada Photoshop Camera ini adalah menarik, Adobe mungkin perlu bersaing dengan Instagram dan Snapchat yang mempunyai pelbagai filter lebih menarik.
Sumber: The Verge