Adobe Flash Player Akhirnya Akan Dibuang Dari Windows 10 Seawal Jun Ini

Seperti semua sedia maklum, Adobe telah pun menamatkan sokongan ke atas aplikasi Flash Player pada 31 Disember 2020 lalu.

Sejak itu, aplikasi tersebut tidak lagi menerima sebarang kemas kini dari pihak Adobe.

Walaubagaimanapun, Microsoft sehingga kini masih lagi membenarkan aplikasi tersebut dijalankan dalam sistem operasi Windows 10 mereka.

Tetapi menerusi kenyataan Pengurus Program Microsoft, Suchithra Gopinath, mereka akhirnya akan membuang Flash Player dari Windows 10 bermula seawal bulan Jun nanti.

Ia akan dibuang menerusi kemas kini Windows 10 KB4577586 Preview Update for Windows 10 bagi versi Windows 10 1809 dan terbaru.

Juga menerusi kemas kini KB4577586 Latest Cumulative Update for Windows 10 bagi versi 1607 serta 1507 yang akan ditawarkan dalam bulan Julai nanti

Microsoft juga menyatakan mereka akan membuang Adobe Flash Player dari Windows 8.1, Windows Server 2012, and Windows Embedded 8 Standard. 

Manakala bagi mereka yang menaik taraf kepada Windows 10 versi 21H1 atau terbaru, Flash akan juga dibuang secara automatik dari komputer mereka.

Sumber: Windows Blog