adidas Yeezy Boost 350 V2 "Israfil" Dilancarkan Pada 22 Ogos Ini

adidas yeezy boost 350 v2 "israfil"

Kanye West dan adidas Originals menambahkan lagi barisan Yeezy Boost 350 V2 dengan model terbaru, "Israfil" pada 22 Ogos ini. Sebagai keluaran adidas Yeezy pertama musim ini, Yeezy "Israfil" direka dengan warna yang menggabungkan rekaan baru dan juga lama.

Namanya diambil dari fahaman agama Kanye, yang diinspirasikan oleh salah satu malaikat Islam, iaitu Israfil sendiri. Yeezy "Israfil" didominasi dengan tona kelabu di bahagian atas Primeknit, dilengkapkan dengan bahagian jalur tepi berwarna oren.

Bahagian atas kasut juga direka dengan aksen biru muda yang bertekstur menjadikannya nampak tanned. Akhirnya Yeezy "Israfil" dilengkapkan dengan tapak Boost serta segmen outsole yang diperbuat menggunakan getah.

https://www.instagram.com/p/CD_jvgVKU66/?utm_source=ig_embed

Tidak seperti rekaan sebelumnya, bahagian tengah kasut mempunyai sistem tali kasut bungee yang baru untuk penyesuaian yang lebih mudah ketika dipakai. Keselesaan juga ditingkatkan dengan midsole yang dipenuhi Boost, sementara outsole dipasang pada kasut untuk ketahanan.



adidas Yeezy Boost 350 V2 "Israfil" akan berada di pasaran pada 22 Ogos di laman web rasmi adidas.com dan butik Yeezy terpilih. Kasut ini akan hadir dalam pilihan saiz yang besar termasuk dewasa (US$220 ~ RM920), kanak-kanak (US$160 ~ RM669), dan bayi (US$140 ~ RM585).



Untuk maklumat lanjut, layari laman web adidas.

Sumber: Highsnobiety & House of Heat

Baca seterusnya: Supreme Buat Pertama Kali Mengeluarkan Gincu, Kolaborasi Bersama Pat McGrath