Adblock Plus Melancarkan Rangkaian Baru Iaitu Acceptable Ads Platform





Pelayar sambungan yang popular ketika ini, Adblock Plus telah mengambil satu langkah kehadapan dalam usaha untuk memerangi iklan online, dengan mempamerkan iklan!. Kedengaran seperti tidak masuk akal bukan.



Ianya mungkin akan mendatangkan kos kepada pengguna dan syarikat penerbitan. Pada selasa lepas, Adblock telah mengumumkan mereka akan datang dengan rangkaian sendiri yang dipanggil Acceptable Ads Platform. Bermaksud ,



Walaupun ianya tidak dapat menyekat iklan online sepenuhnya, platform baru ini dikatakan dapat membantu blogger dan syarikat penerbitan memudahkan pilihan iklan yang akan dipamerkan di dalam laman mereka. Setiap iklan haruslah mengikut piawaian Acceptable Ads Criteria yang telah ditetapkan seperti saiz dan labelling. Setelah iklan diletakkan, ianya akan dapa dilihat oleh berjuta pengguna Ads Block Plus.



Acceptable Ads Platform ini membantu syarikat penerbitan yang mahu mempamerkan iklan kepada pengguna ad blocker dan mereka juga dapat mengkonfugurasi dengan sendiri Acceptable Ads.



Untuk pengguna, Adblock Plus masih mampu menyekat segala iklan yang disajikan yang bukan datang dari platform baru ini. Pengguna juga mampu menutup iklan 'acceptable' jika mereka mahu. Adblock menambil langkah ini kerana mereka juga mahu mengambil keuntungan dari pengiklanan. Maknanya pengguna adblock tidak dapat menyekat iklan sepenuhnya dan pengguna akan dipamerkan iklan yang 'boleh diterima' sahaja.