Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adblock Plus Melancarkan Rangkaian Baru Iaitu Acceptable Ads Platform

Adblock Plus Melancarkan Rangkaian Baru Iaitu Acceptable Ads Platform

Diterbitkan September 15, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Adblock Plus Melancarkan Rangkaian Baru Iaitu Acceptable Ads Platform

Pelayar sambungan yang popular ketika ini, Adblock Plus telah mengambil satu langkah kehadapan dalam usaha untuk memerangi iklan online, dengan mempamerkan iklan!. Kedengaran seperti tidak masuk akal bukan.

Ianya mungkin akan mendatangkan kos kepada pengguna dan syarikat penerbitan. Pada selasa lepas, Adblock telah mengumumkan mereka akan datang dengan rangkaian sendiri yang dipanggil Acceptable Ads Platform. Bermaksud ,

Walaupun ianya tidak dapat menyekat iklan online sepenuhnya, platform baru ini dikatakan dapat membantu blogger dan syarikat penerbitan memudahkan pilihan iklan yang akan dipamerkan di dalam laman mereka. Setiap iklan haruslah mengikut piawaian Acceptable Ads Criteria yang telah ditetapkan seperti saiz dan labelling. Setelah iklan diletakkan, ianya akan dapa dilihat oleh berjuta pengguna Ads Block Plus.

Acceptable Ads Platform ini membantu syarikat penerbitan yang mahu mempamerkan iklan kepada pengguna ad blocker dan mereka juga dapat mengkonfugurasi dengan sendiri Acceptable Ads.

Untuk pengguna, Adblock Plus masih mampu menyekat segala iklan yang disajikan yang bukan datang dari platform baru ini. Pengguna juga mampu menutup iklan ‘acceptable’ jika mereka mahu. Adblock menambil langkah ini kerana mereka juga mahu mengambil keuntungan dari pengiklanan. Maknanya pengguna adblock tidak dapat menyekat iklan sepenuhnya dan pengguna akan dipamerkan iklan yang ‘boleh diterima’ sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY