Adakah Vivo Bakal Menjadi Telefon Pintar Pertama Yang Mempunyai Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan?

Topik mengenai sensor pengimbas cap jari terbina pada skrin paparan bukanlah suatu perkara yang baru kita dengari.

Nama-nama besar seperti Apple dan Samsung terlebih dahulu bercita-cita mahu melengkapkan peranti mereka dengan ciri berkenaan.

Ternyata sehingga kini syarikat-syarikat gergasi tersebut masih gagal untuk melaksanakan fungsi itu pada telefon terbaru keluaran mereka.

Terbaru, Vivo sebuah syarikat pengeluar telefon pintar dari China yang semakin meningkat naik mempunyai satu berita yang mengejutkan.

Memetik laporan daripada laman Android Authority, Vivo dikatakan bakal melengkapkan telefon pintar mereka dengan fungsi pengimbas cap jari terbina pada skrin paparan.

Perkhabaran itu telah diperoleh dari seorang penyelidik terkemuka China, Jiutang Pan.

Sebuah video berdurasi selama 5 saat telah dikongsikan oleh Pan, dimana ia menunjukkan satu sentuhan keatas skrin paparan dapat membuka telefon tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=kZA-Y6Koy7Y

Menurut Pan lagi, Vivo mungkin menjadi pengeluar pertama yang dapat merealisasikan fungsi itu diikuti dengan iPhone menerusi model iPhone 8 (iPhone 8???).

 

Sumber: Android Authority