Adakah OPPO Yang Pertama Menawarkan Pengecasan Pantas Untuk Peranti Kelas Pertengahan?

Dalam era peralihan teknologi yang pantas pada masa kini, gaya hidup juga berubah seiring perubahan teknologi. Terkenal dengan konsep "pengecasan 5 minit, panggilan 2 jam", OPPO adalah pelopor dalam teknologi pengecasan pantas. Namun, benarkah OPPO juga adalah pemecah tradisi dalam menawarkan teknologi pengecasan pantas kepada peranti kelas pertengahan?



Dengan adanya pengecasan pantas OPPO VOOC, ia telah mengurangkan kerisauan pengguna mengenai pengecasan peranti. Hanya dalam tempoh tidak melebihi 100 minit, setiap peranti yang digunakan mampu dicas penuh.

Pengecasan pantas VOOC ke SuperVOOC 2.0


Mengimbau kembali, telefon pintar pertama OPPO yang menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC adalah OPPO Find 7. Sejak diperkenalkan pada 2014, OPPO telah berada di puncak dalam teknologi pengecasan pantas dengan adanya VOOC.



Dengan keselamatan dan kelajuan yang ditawarkan, teknologi pengecasan pantas VOOC telah mendapat pujian secara meluas. Ia juga telah menerima pensijilan 5 bintang CTTL di MIIT (Ministry of Industry and Information Technology in China).

Setelah itu, OPPO mula mencadangkan konsep pengecasan pantas SuperVOOC pada tahun 2016. Teknologi ini telah diguna pakai buat pertama kalinya pada OPPO Find X Automobili Lamborghini Edition pada tahun 2018.

Di tahun yang sama, OPPO R17 Pro turut dilengkapi teknologi yang sama dengan kuasa pengecasan 50W dan mampu mengisi penuh sebuah peranti dengan kapasiti bateri 3,400mAh.

supervooc 2.0 Kapsyen: Siri Find X2


Pada Oktober 2019, beberapa peranti OPPO termasuk OPPO Reno Ace dan Find X2 telah dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0, di mana ia mampu mengisi penuh bateri 4,000mAh dalam tempoh 30 minit.

Kestabilan dan keselamatan yang ada pada SuperVOOC 2.0 sekali lagi telah menerima pujian jutaan pengguna, yang kemudiannya mendorong OPPO untuk memperkenalkan teknologi kelas pertama ini dalam telefon pintar terbaru OPPO iaitu Reno4 Pro.

Untuk memastikan jangka hayat bateri yang lebih lama, pengecasan 65W SuperVOOC 2.0 pada Reno4 Pro mampu membuat pengisian penuh 4,000mAh bateri dalam hanya 36 minit.

Pengecasan pantas dalam era 5G


Oleh kerana penggunaan peranti yang tinggi, jangka hayat bateri juga tidak kekal lama dan mudah habis. Seterusnya, kebergantungan terhadap kelajuan pengecasan menjadi lebih penting dari sebelumnya.

Konsep "pengecasan 5 minit dan memainkan permainan untuk 2 jam" telah dicadangkan dan sekali lagi mengubah gaya hidup. Sebagai contoh, OPPO Find X2 boleh diisi penuh dalam masa 38 minit.

Mimpi menjadi kenyataan


OPPO secara rasmi telah melancarkan teknologi pengecasan tanpa wayar 30W VOOC pada Oktober 2019, dan ia merupakan kali pertama pengecasan pantas VOOC disertakan dengan pengecasan tanpa wayar. Ia kemudiannya memasuki era baru "tanpa wayar".

Kapsyen: Air VOOC


Pada tahun ini, inovasi teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 40W Air VOOC telah dikomersialkan bersama OPPO Reno Ace2, yang mampu mengisi 4,000mAh bateri dalam tempoh 56 minit.

Pengecasan pantas tanpa wayar itu turut mempunyai pelbagai fungsi standby, yang tidak boleh dilihat namun boleh dirasa pada bila-bila masa.



Baru-baru ini, OPPO turut mengumumkan teknologi pengecasan 125W, bersama pengecasan tanpa wayar 65W VOOC. Zhang Jialiang berkata, tiada halangan untuk menghasilkan pengecasan tanpa wayar serta tidak menolak sebarang kemajuan teknologi pada masa akan datang.

Bapa pengecasan pantas OPPO


Zhang Jialiang, ketua saintis pengecasan pantas OPPO VOOC telah menerokai teknologi pengecasan bateri berdekad lamanya. Walaupun teknologi pengecasan VOOC mula diperkenalkan tahun 2014 pada OPPO Find 7, namun peringkat awal pembangunan teknologi ini telah dimulakan sejak 2012.



Sebelum teknologi itu dibangunkan, rantaian bekalan aksesori dan pembiayaan merupakan masalah utama. Hanya selepas 18bulan meneroka dan membuat kajian, beliau berjaya membangunkan prototaip pengecas pantas VOOC, yang kemudiannya diperakui oleh OPPO serta berjaya dibangunkan.

Zhang dan pasukannya telah memberi tumpuan untuk meningkatkan teknologi pengecasan pantas VOOC dan ia memerlukan empat tahun untuk mencapai teknologi pengecasan terpantas SuperVOOC.

Sumbangan Zhang dalam pengecasan pantas VOOC


Dengan kelahiran SuperVOOC, ia telah berjaya mengubah seluruh industri dan semua penggunaan telefon pintar. Teknologi pengecasan yang dibangunkan oleh Zhang Jialiang dan pasukannya bukan sahaja menjadikan peranti mampu diisi penuh dalam tempoh 35 minit, malah ia dapat mengekalkan suhu peranti sepanjang proses pengecasan.

supervooc 2.0

Tidak hanya itu, penyelidikan dalam bidang pengecasan pantas tanpa wayar juga telah memberi kemajuan yang besar dalam industri.

Kesimpulan


Dalam pada itu, OPPO Reno4 Pro adalah yang pertama dalam peranti kelas pertengahan yang menawarkan pengecas pantas 65W SuperVOOC 2.0, iaitu pengecasan berkuasa dan terpantas yang ada dalam pasaran ketika ini.

supervooc 2.0

Reno4 Pro dikuasakan dwi-sel untukmenjamin keselamatan dengan mengelakkan keperluan pengurangan voltan semasa proses pengecasan. Bagi memastikan kestabilan dan keselamatan, standard industri menjadi keutamaan dalam penggunaan bahan untuk menghasilkan pengecasan pantas.

Bagi anda yang ingin mendapatkan OPPO Reno4 Pro, nantikan pelancaran di Malaysia pada esok, 3 Ogos 2020. Acara pelancaran akan disiarkan secara langsung pada jam 6.30 petang di halaman Facebook OPPO Malaysia serta saluran YouTube OPPO Malaysia.