Adakah Microsoft Akan Ikut Jejak Langkah Menyekat Huawei Dari Menggunakan Windows 10?

Hangat diperkatakan ketika ini, kemelut yang melanda antara Huawei dan Amerika Syarikat ketika ini menimbulkan pelbagai persoalan terutama sekali dalam kalangan pengguna.

Kita sudah jelas bahawa beberapa gergasi teknologi berpengkalan di Amerika Syarikat seperti Google, Qualcomm dan Intel sudah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei.

Namun begitu, Microsoft dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. Umum mengetahui yang mana komputer riba keluaran Huawei dioperasikan dengan sistem operasi Windows milik Microsoft.

Berdasarkan laporan dari Tech Radar, Microsoft menyatakan "kami tidak punyai apa-apa untuk dikongsikan" selepas dihubungi untuk mendapatkan maklum balas dari syarikat tersebut.

Ini mungkin petunjuk bahawa kemaskini Windows 10 akan tetap diberi kepada pengguna tetapi dalam masa yang sama, mereka dilihat seakan-akan tidak mahu menafikan perkara tersebut.

Sedia dihalang dari menggunakan cip, halangan pada sistem operasi Windows pastinya memberi impak yang besar barisan komputer riba Huawei akan datang. Walaupunbegitu, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Microsoft sendiri berkenaan dengan perkara yang berlaku.

Sumber: Tech Radar